Saja

0 comments
BIODATA MUHAMMAD RIDZUAN :

Nama Penuh: Muhammad Ridzuan
T.Lahir : 21.01.1992
Tmpt.Lahir : Hospital Teluk Intan
Bintang : Aquarius ..

Add Notes:
First loving not as serious with girl semasa form 5 mcmtu je. ..

Pada tahun 2011 mengalami cinta yg agak teruk shingga berlaku berputus asa.. tapi sy bangkit demi masa depan , sy cuba lagi mncari cinta :) ..  ...
Ex sy yg sy blum smpai jodoh.. Bernama Along(nama manjaNya) . dia ni jiran sy , sy bkawan smnjak kcil lagi.. pd mse tu dia darjah 2  , di bawa ke KL ... shinga berpuluh tahun khilangan dia .. dia muncul pd 2011 . waktu tu dia bermain basikal di halaman .. sy sngja pegi ke dpan duduk jmbatan .. ttba dia tgur sy . hye sorg jeke... sy ckp sorg je. pstu dia mnuju ke sy.. waktu sy ckp, wajah awk tak pnah berubah kn hehe.. skrg dh byk jerawat.. tapi takpe sy tak ungkitkan .. tk sgke dpt jmpe. waktu tu dgn tak malunye sy mx nombo tlpon dia. :D dia bg..
pstu lama klamaan , sy dgn dia jalani hubungan yg series... sy keluar ajak dia naik motor.. dan ada lah sbulan kami feel in love.. pstu ibu bapa wan pun dah rancang utk merisik dia .. nmun , npk sgt yg ibu bapa si pompuan tadi , tdk mgmbil series...

Reason: ibu bapa dia memutuskan hbgan kami , kerana ingin anaknye smbg blaja. dan mula itu sy dah mule bnci pd wanita yg smbung blaja .. pd tahun 2013 bulan februari , dpt tahu ... yg anak dia tu tak dpt smbg belaja tapi Bekerja :) . shingga kini wan tidk kontek dia ...


Adalah setahun pd kjadian tu.. sy ttp mncari cinta dan ingin kbaikan..
dan Ex kedua.. pulak:
dia nama Ika . duduk s.4 ..

Sy tak pernah langsung sentuh dia ..
dia ni pulak ape yg sy knal , sy slalu je utk paham dia.. tapi dia langsung tak phm sy.. mse tu , asal sy msj je .. dia tak bpe layan . pstu dia minx sy jgn gangu dia dia kata nk keseorgan ... sy byk jgklah mngalah pd dia ni.. sy takde lgsung ego ... tapi ape ley uat. blom jdoh .. pstu sy ckplah.. awk nk ke sy tunang gn awk.. dia kata bg masa.. masa tu ada lah 3 hari.. dia gtau awk dtg lah rumah bincg gn ayh.. jadi sy pun dtg dgn hati yg agak cemas :D tapi sy kuatkn smgt.. pstu diorg hidangkan sy mee goreng pedas ..
tpi mlg mse tu ayah dia busy kje di laut .. pd hari minggu ke minggu .   ayah dia ada di rumah .. sy dtg lagi . waktu tu jam 8.00pm .sy mmg abis sembang2 gn kuaga diorg.. sy bckp gn ayah dak pompuan tu.. pakcik ni cmni. sy ni ingin merisik anak pkcik. ttg kawen tu sy hrp , sy ni org susah . sy hnye mmpu smpai 7k atau 8k sje .. dia kata tak kisah .. pkcik stuju je... tpi mse tu sy tdiam... yg ika tadi dia hnye tgok tv dan buat tak tau .. dgn wajah dia npk sgt tdk mcintai sy se ikhlas hatinye..
jam pun dah 12.01am ... sy balik jgk ke rumah..
pstu lpas satu hari , ika ni msj , ehh spe topup ni ... sy ckp ha spe topup wk? dia kata ni msti , dia dah kmbali .. ( bf dia dh kmbali) ..
sy hnye mndiam .. pstu kami pun tak kontek.. sy bckp kt dia..
awk lau ape2 tjadi kt sy sy kmalangan . baru awk tahu perasaan sy thdp awk..

dalam 2 minggu pastu .. sy pun exciden... gahang ggi sy dah lari . dlm mata putih sy berdarah beku .. lama jgk nk ilang dlm 1 bulan lbih.. dgn luka2 kaki sy .. sy msj adik dia: adik eka wan eksden nie... gtau akk ika ye..
= ika tadi langsung tak msj sy ..

pstu 1 bulan berlalu..
tibe2 ada msj msuk dari ika sy pelik..
msj dia: wan ni eka nk minx maaf dari dunia akhrat .. ika kesal .. tapi ape pon wan ttp kawan ika..

#tau pulak dia cari sy.. sy ckplah: takplah dah lama sy maafkn. tp smoga jagalah hbgn awk elok2 gn bf awk tu .. dia pun dah tak muncul lagi.. ...




pada bulan June 2011 sy Dot.DOt,Dot .. To be continued..


update funny for facebook 18.1.13

0 comments
~ Feature .. ~
1- Convert untuk tulisan terbaik.
2- Tulisan jadi Text.Emotion/image utk chat facebook..
3- Tulisan Unik..

domain 1: http://mamat1992.site40.net/textgen.html
domain 2: http://amalina1995.webnet32.com/textgen.html
#domain sama sahaja cuma dua server.....

manual:
- Membuat Tulisan-tulisan Unik untuk Facebook ..
1- http://mamat1992.site40.net/textgen.html
- mmbuat tulisan mnjadi terbalik...
2- http://mamat1992.site40.net/fliptext.html
- tulisan mnjadi Text emotion / image ...
3- http://mamat1992.site40.net/fbtxtemotioncht.html

thanks!!

nota sy:

0 comments

Di dlm percintaan,
- byk Juga dugaan, tak smestinye cinta itu indah jer di mata kite...
* byk duga nye, TerLuka di hati, sifat ego, marah.. mkn xknyg..dan sbgainya..
tpi dh manusia , cinta itu harus juge ada.. [ perasaan cinta itu dtg nye sendri apabile kite rapat dgn sseorg tu..] ..
- klo mahu cinta itu kekal, kene jaga sbaiknye... kne lh memahami dua insan yg tlh mncintai... hrp2 dua2 tolak ansur..

- mnipu sgtLah klo sseorg tk pnah bcinta xmahu lagy.. Lpas putus tkut lagi utk cnta.. tpi,tahu2 org itu dh couple gn org lain..
* kite ni manusia sama je..tkde yg smpurna dan yg perfect.. jdi, haruslah kne ada rasa cinta :) ..kne hargai ape yg dtg... kne trima kepala batu dia....

sifat sy

0 comments

Merajuk -> off HP lepas jer 1 hari -> on balik HP , tgok dia pujuk ke tidak. :'( -> tgok2 dkt 5 msj msuk merayu2 meminx maaf -> BF nnges :'( -> replay msj dia balik -> 'jgn risau tu tanda sy syg dan cintakan awk sorg , nk tgok awk biarkan je atau mmpertahankan lagy hbgan' ..

nielah nama nye cinta :D xD

dan inilah sy!! hahaahha!!

mak buat cendol 3/1/2013

0 comments


Setia meminum CENDOL ! hehe keturunan kami juga..
* yeah mak kite buat cendol..

Hukum Suami Menjilat Kemaluan Isteri

0 comments
Hukum Suami Menjilat Kemaluan Isteri:
Menjilat kemaluan isteri adalah perkara yang jarang dibincangkan secara terbuka kerana masyarakat kita sangat sensitif dan pemalu. Jika dibuat kajian 98 peratus pasangan suami isteri melakukan “oral sex” ini. Jika ini membahagiakan pasangan suami isteri dalam menikmati perhubungan seks. Sila baca posting ini. Apakah hukumnya menjilat kemaluan isteri anda? Allah SWT menciptakan tubuh manusia dengan fungsi masing-masing. Justeru Islam melarang dari mendatangi isteri dari ‘duburnya’ dan juga semasa haid atau nifas, kesemua pengharaman ini mempunyai dalil dan nas yang khusus. Namun isu ‘oral seks’ tidak mempunyai dalil khusus yang melarang, ini menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam. Ulama sepakat bahawa jika sekadar menyentuh atau menggosok kemaluan suami dan isteri tanpa ‘oral seks’, adalah dibenarkan menurut para ulama Islam kerana ia tergolong dalam bentuk aktiviti menaikkan syahwat antara suami isteri yang diharuskan. Berkenaan isu oral seks, ulama terbahagi kepada dua kumpulan :- Yang mengharuskan Dr Syeikh Yusof Al-Qaradawi (rujuk www.islamonline.net) berfatwa harus untuk mencium kemaluan isteri atau suami dengan syarat tidak menghisap atau menelan apa jua ceceair yang keluar darinya. Menelan atau menghisap sebegini adalah MAKRUH disisi Islam kerana ia salah satu bentuk perlakuan zalim (meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya) dan melampaui batas dalam hubungan seksual. Apa yang pasti diharamkan menurut beliau adalah ‘anal sex’ atau seks melalui lubang dubur, kerana terdapat nas yang jelas mengharamkannya, adapun ‘oral seks’ tiada sebarang nas jelas dari Al-Quran dan hadis yang melarangnya. Pandangan ‘harus’ atau boleh dilakukan ini dikongsi oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Al-Jumaah dan juga Dr. Sabri ‘Abdul Ra’ouf (Prof Fiqh di Univ Al-Azhar) apabila mereka menegaskan, tindakan ini harus selagi mana ianya benar-benar dirasakan perlu bagi menghadirkan kepuasan kepada pasangan suami dan isteri, terutamanya jika ia dapat menghindarkan pasangan ini dari ketidakpuasan yang boleh membawa mereka ke lembah zina kelak. Perbincangan ringkas Namun begitu, saya kira kesemua mereka yang mengharuskan termasuk Syeikh Yusof Al-Qaradawi tidak pula menghuraikan satu isu yang mungkin boleh dipanjangkan perbahasannya, iaitu bab kenajisan air mazi dan air mani. Justeru, saya mengira fatwa beliau mungkin boleh digunakan jika dalam keadaan tiada sebarang ceceair dikeluarkan semasa aktivti oral sex ini dilakukan. Namun keadaan ini dikira sukar berlaku kerana bagi seseorang yang normal, nafsu yang meningkat pastinya akan mengeluarkan cecair pelincir iaitu mazi. Air mani lelaki dan wanita dianggap najis menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Mazhab Syafie dan Hanbali pula mengganggapnya suci. Namun semua ulama bersetuju air mazi adalah najis. Hasilnya, majoriti pandangan ulama yang menyatakan menelan dan hisap termasuk cecair mazi ini adalah haram atau makruh berat. Beberapa ulama kontemporari menegaskan perlu membasuh dengan segera jika terkena mazi tadi. Mazi ibarat najis lain yang dianggap kotor dalam Islam, justeru haram memakan tahi, meminum air kencing dan termasuk juga air mazi ini. Bukan sekadar haram memakan najis malah ulama empat mazhab juga memfatwakan haram menjual najis (kecuali diketika wujudnya teknologi untuk menggunakannya sebagai baja), apatah lagi untuk menjilat, hisap dan menelannya. Sudah tentulah ia lebih lagi diharamkan. Selain itu, menurut undang-undang Malaysia juga ia adalah satu perara yang tidak normal, khusus buat orang yang agak luar biasa nafsunya. “Oral seks” juga tergolong dalam kategori perlakuan seks luar tabie, ia adalah salah menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sebat dan 20 tahun penjara. Justeru, mana-mana pasangan kekasih yang melakukan perkara ini, boleh dilaporkan dan diambil tindakan oleh undang-undang Malaysia. Dari sudut undang-uhdang Islam, ia dikira berdosa besar dan bolehlah dijadikan sebat dan 20 tahun penjara tadi sebagai peruntukan ta’zir di dalam Islam bagi mereka yang sabit bersalah. Ulama Yang Mengharamkan Kebanyakan ulama Saudi mengharamkan perbuatan ini, ini dapat dilihat dari fatwa-fatwa berikut:- Mufti Saudi Arabia bahagian Selatan, Asy-Syaikh Al’Allamah Ahmad bin Yahya An-Najmi menjawab sebagai berikut, “Adapun hisapan isteri terhadap kemaluan suaminya (oral sex), maka ini adalah haram, tidak dibolehkan. Ini Kerana ia (kemaluan suami) dapat memancarkan mani, mazi dan lain-lain. Kalau memancar, maka akan keluar darinya air mazi yang ia najis menurut kesepakatan (ulama’). Apabila (air mazi itu) masuk ke dalam mulutnya lalu ke perutnya maka boleh jadi akan menyebabkan penyakit baginya.” Melalui pandangan ini, kita dapat melihat satu point yang penting, iaitu sejauh mana tindakan ini boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan pasangan. Menurut pembacaan saya, ulama yang membolehkan perilaku ini juga bersetuju untuk mengganggapnya haram jika dapat dipastikan dan dibuktikan dari sudut saintifik, ia boleh membawa bakteria dan menyebabkan penyakit yang serius. Saya teringat pakar sakit puan, Dr Ismail Thambi pernah menyatakan bahawa bakteria yang berada di mulut adalah sangat banyak berbanding di kemaluan, justeru beliau menyatakan tindakan ‘oral sex’ dibimbangi boleh membawa penyakit kemaluan disebabkan bahagian mulut pasangan yang mempunyai banyak bakteria dan kuman. Selain itu, seorang lagi ilmuan Islam iaitu Syeikh Nasiruddin Albani berkata :- “Ini adalah perbuatan sebahagian binatang, seperti anjing. Dan kita mempunyai dasar umum bahawa di dalam banyak hadits, Ar-Rasul melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) haiwan-haiwan, seperti larangan beliau turun (sujud) seperti turunnya unta, dan menoleh seperti tolehan serigala dan mematuk seperti patukan burung gagak. Dan telah dimaklumi pula bahawa Nabi Shallallahu ‘alahi wa sallam telah melarang untuk tasyabbuh (menyerupai) dengan orang kafir, maka diambil juga daripada makna larangan tersebut pelarangan tasyabbuh dengan haiwan-haiwan-sebagai penguat yang telah lalu, apalagi haiwan yang telah diketahui keburukan tabiatnya. Maka sewajarnya seorang muslim – dan keadaannya seperti ini – merasa tinggi untuk menyerupai haiwan-haiwan” Namun, pendapat peribadi saya mendapati pandangan dan dalil yang digunapakai oleh Syeikh Albani ini adalah tidak begitu kukuh, namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya dengan panjang lebar di ruang ini. Tindakan men’generalize’ semua jenis persamaan (tasyyabbuh) sebagai haram secara total juga boleh didebatkan kesohihannya. Demikian juga menyamakannya dengan perilaku binatang, benarkah binatang melakukan ‘oral seks’?, jika sekadar menjilat mungkin ye, namun menghisap kemaluan si jantan? Adakah binatang yang melakukannya?. Saya tidak pasti. Bagaimana pula binatang ada juga yang mencium dan memeluk pasangannya. Adakah mencium dan memeluk juga diharamkan kerana menyerupai binatang.? Sudah tentu tidak. Kesimpulan Melalui perbincangan dan pendedahan ringkas di atas, jelas kepada kita perbezaan dua kumpulan ulama ini. Dari hasil penelitian terhadap pendapat mereka bolehlah saya rumuskan bahawa :- 1. Elok dijauhi aktiviti ini dan menghadkan kepada perilaku seks yang lebih sihat bersama pasangan. Ini bagi menjauhi perkara khilaf. 2. Harus bagi suami isteri untuk mencumbu kemaluan pasangan mereka dengan syarat tidak menghisap, jilat dan menelan apa jua cecair. Ia juga dituntut untuk membersihkan mulut dan kemaluan mereka sebelum melakukan aktiviti ini sebaik mungkin bagai meninimakan kemungkinan penyakit. Namun ia makruh yang cenderung kepada haram (makruh tahrimi) jika perbuatan ini sengaja untuk meniru-meniru perbuatan aksi seks melampau golongan bukan Islam dan juga binatang. 3. Haram hukumnya menelan mazi dan mani pasangan kerana Islam mengharamkan umatnya dari melakukan perkara kotor sebegini, sama juga seperti diharamkan menjual najis (kecuali baja yang akan diproses melalui dengan bahagian kimia). 4. Hukumnya menjadi harus berdasarkan keringanan khusus yang diberi oleh Islam atau disebut ‘rukhshah’ kepada pasangan yang amat perlukannya bagi mengelakkan ketidakpuasan dan membawa masalah besar rumah tangga atau lebih dahsyat lagi, zina secara rambang diluar rumah. 5. Hukum melakukannya bersama pasangan kekasih atau mana-mana pasangan sebelum nikah yang sah adalah haram, dosa besar dan boleh didakwa dengan hukuman 20 tahun penajara di Malaysia. Namun ia tidak dianggap berzina dalam erti kata dan takrif zina yang disebut di dalam kitab-kitab Fiqh Islam. Ia hanya dianggap sebagai muqaddimah zina atau perdahuluan zina. Dalam kaedah fiqh Islam, “Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adalah haram jua”. Sebagai akhirnya, selain dari membincangkan soal hukum, kita mesti jelas bahawa hukum Islam sentiasa ingin melahirkan keutuhan rumah tangga dan masyarakat. Kita mesti sedar dan berfikir samada tindakan oral seks ini benar-benar membawa sesuatu yang berharga buat keharmonian rumahtangga kita, dan apa pula kesannya kepada nafsu diri. Adakah ia semakin mampu dikawal atau semakin buas sebenarnya. Kita bimbang, tindakan ini boleh membawa kepada keinginan nafsu yang semakin membara dan tidak terkawal sehingga membahayakan diri dan masyarakat di sekeliling kita disebabkan nafsu buas dan luar biasa yang sentiasa dilayan ini. Layanlah nafsu secara berpada-pada agar tidak ditawan olehnya kelak.